Tuesday, 27 May 2014

Resepi kek lapis daging berkeju

bahan-bahan

•3 biji kentang di potong dadu kecil (seeloknya direbuskan seketika)
•4 keping daging burger
•1 biji bawang besar-cincang halus
•3 ulas bawang putih –cincang halus
•1 sudu besar serbuk kari-kacau dalam sedikit air
•1 sudu besar cili mesin
•3 sudu makan minyak untuk menumis
•12 keping roti
•500ml susu segar
•4 biji telor
•secubit garam
•Parutan cheese mozzarella-ikut kesukaan,byk lg sedap
•Sedikit margerin untuk melenser

Nyum nyum. Nampak sedap tak?

Cara-cara

1. Tumis bawang hingga layu
2. Masukkan cili mesin dan kari
3. Tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan daging
5. Biarkan hingga daging empuk
6. Masukkan kentang
7. kacau sebati. Masukkan gula + garam seenak rasa.
8. Dalam bekas yang berasingan, Satukan Susu + telor + secubit garam
9.Pukul susu + telor + garam hingga sebati

10.Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
11.lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin
12.letakkan 1/3 bahagian roti yang dicelup.
13.Kemudian letakkan separuh daripada daging + kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
14.Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging +kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
15.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
16.Bakar dengan api sederhana@160 selama 20-35 mins atau sampai lidi tak lekat
17.Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

No comments: