Tuesday, 13 May 2014

Resepi coklat moist yang ringkas !

Nak hias macam ni pon boleh. Ikot pada kreativiti masing-masing !


Bahan-bahan :

Bahan A


1.   Telur  3 biji
2.   1 Tin susu cair
3.   Marjerin 250g
4.   2 cawan gula
5.   1 penutup esen vanilla
6.   Coklat milk beryl's (mengikut sukatan)
7.   Periuk kukus (untuk cairkan coklat milk beryl's + kukus cake)
8.   Periuk (untuk adunan)
9.   Aluminium fosil
10.  Dulang atau tupperware
11.  Mangkuk plastik
12.  Mangkuk besar


Bahan B (Untuk di ayak)

1.   2 cawan tepung gandum
2.   1 cawan serbuk koko
3.   1 sudu teh baking powder
4.   1 sudu teh soda bikarbonat
5.   Bekas ayak

Cara-cara :

Kacau 3 biji telur dalam mangkuk plastik

Ayak tepung gandum + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat dalam mangkuk besar

Cairkan marjerin dan masukkan susu cair + gula + esen vanilla + telur yang dikacau + bahan B (Bahan ayak ke dalam periuk (untuk adunan)

Kacau sebati dan tutup api

Masukkan adunan ke dalam loyang atau tupperware dan balutkan dengan aluminium fosil supaya     wap semas kukus tidak kena pada cake yang dikukus. Periuk adunan tadi basuh untuk cairkan coklat milk beryl's pada periuk kukus

Seterusnya kukus adunan tadi selama sejam

Sekiranya kek yang dikukus masih lembik, masukkan kek tersebut ke dalam freezer

Sambil menunggu proses bekukan kek, cairkan coklat milk beryl's dengan periuk kukus. Gunakan periuk adunan yang telah dibasuh tadi.

Setelah coklat cair, keluarkan kek yang dibekukan dan sapukan coklat milk beryl's yang dicairkan tadi.

Siap dihidang !




Goodluck !






No comments: