Thursday, 22 May 2014

Resepi bubur Mcd


Bahan-bahan ( untuk 2-4 orang )

1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia diketuk / titik
2 sudu kecil serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam (aku selalu guna isi ayam)
1 liter air
sedikit garam

Garnish 

lada merah
daun bawang
daun sup
serbuk lada putih



Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Jangan buang air rebusan ayam tu.
  2. Basuh beras bersih2. Masukkan beras ke dlm periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka lembut mcm mana korang nak.
  3. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah & daun sup.
  5. Titiskan sikit dgn minyak bijan. 

No comments: