Friday, 23 May 2014

Resepi ayam masak merah

Sambil tunggu En Asben amik aku kat ofis, 
Apakata aku share sikit resepi yang akan aku masak kejap lagi.
Memandangkan hari ini pon takde pasar malam, terpaksalah aku masak.
(bunyik macam terpaksa masak) Ngeh3

Selalunya memang beli kat pasar malam untuk dinner sebab dah kerja. 
So jadi malas untuk masak. Hoho

Then dah hujung-hujung bulan ni faham-fahma jelah. Tunggu gaji la jawabnyer sebab poket masing-masing dah kering.

Nak tak nak, masak jugaklah. Heheh

Bahan-bahan :

Ayam
Cili boh*
Tomato (dipotong kasar)
Minyak masak
Serbuk kunyit
Serai (di ketuk)*
Halia*
Bawang merah*
Bawang putih*
Air asam jawa
Sos cili
Garam & ajinomoto secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng ayam bersalut serbuk kunyit
2. Setelah siap digoreng, tos kan
3. Tumis bahan bertanda *
4. Tunggu sehingga cili garing dan masukkan ayam goreng tadi
5. Masukkan sos cili + tomato dan gaul sebati
6. Masukkan garam + ajinomoto
7. Siap dihidang !

p/s : Tomato tu kalo nak gantikan dengan air asam jawa pon okay. And kalau nak naik bau, tumiskan sekali dengan kayu manis.
Aku tak letak kayu manis sebab aku tak suka rasa dia dengan ayam masak merah. Kalo dengan ayam masak kicap baru ada umphhhh !

Next entry nanti aku masukkan resepi ayam masak kicap mak mertua aku yang sampai sekarang hubby aku suka ayam masak kicap mommy dia ! Sampai aku pon terjebak minta resepi mak mertua aku punya ayam masak kicap. Katanya itu makanan kegemaran hubby aku. Alhamdulillah menjadi. Hihi. Tunggu next entry yer !

No comments: