Thursday, 22 May 2014

Resepi ayam madu sticky

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - aku letak dua-dua
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu


Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

No comments: