Wednesday, 14 May 2014

Resepi ayam kapitan

Bahan-bahan :

1/2  ekor ayam dipotong kecil
1    cawan santan pekat
2    batang serai diketuk
6    helai daun limau purut
2    sudu besar kerisik
     sedikit air asam jawa
5    sudu makan minyak masak
     garam dan gula secukup rasa

500ml air


Bahan kisar :

10  biji bawang merah
4   biji bawang putih
4   biji buah keras
2   batang serai

1cm  halia
1cm  kunyit hidup
100g cili kering

sedikit belacan


Cara-cara :

1. Tumis bahan kisar
2. Masukkan serai + daun limau purut + kerisik + air secukupnya
3. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan masak dalam masa 15-20 minit
4. Masukkan santan + garam + gula + air asam jawa secukup rasa
5. Masak sehingga kuah menjadi pekat


Siap untuk dihidang !

p/s : Kalau kuah tak kering pon sedap jugak !

Masakan ini adalah makanan Baba Nyonya




No comments: