Friday, 16 May 2014

Info kesihatan & Petua : Miss V

Alat sulit wanita memiliki bau yang tersendiri. Memang baunya agak tajam, tetapi anda tidak perlu menyemburnya dengan wangi-wangian agar ia seharum mawar. Biarpun baunya sedemikian rupa, ianya masih menjadi kegilaan ramai jejaka. Dari dahulu sehingga sekarang!
Apa yang perlu anda lakukan ialah menjaga kebersihannya. Ini kerana faraj agak sensitif kepada perubahan iklim di kawasan persekitarannya. Oleh kerana tempatnya agak tersembunyi, maka ia selalu berkeadaan lembap. Suhu lembap faraj yang normal berada 2 hingga 2.5 darjah celcius.
Sekiranya lebih daripada itu, faraj akan mengeluarkan bau yang kurang sedap. Jika kurang pula faraj akan menjadi kering. Faraj yang lembap menjadi kegemaran kulat dan bakteria. Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal-gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.
Akibatnya, kenikmatan hubungan suami isteri akan terjejas. Jika faraj bermasalah dan tidak dirawat, ia mendedahkan sistem reproduksi kepada jangkitan penyakit.


Beberapa Tip Dibawah Boleh Digunakan Untuk Memelihara Kesihatan Faraj Anda.
1. Gunakan air kemudian campurkan cucian wanita (pH 3.5) – (picit sebesar duit syiling 10 sen) dan bersihkan faraj. Jangan gunakan tisu. Kemudian bilas dengan air bersih sekali lagi.
2. Semasa haid, gantikan tuala wanita setiap lima jam sekali bagi mengelakkan menjadi tempat bakteria membiak.
3. Jangan masukkan jari atau benda keras ke dalam faraj walaupun dengan tujuan membersihkannya.
4. Jangan memakai sabun wangi atau shower gel pada kemaluan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan jangkitan.
5. Jangan gunakan pembersih wanita setiap hari. Selang antara tiga atau empat hari kerana ia boleh merosakkan pH faraj yang normal. Tabiat membasuh faraj dengan pembersih wanita setiap hari bukan hanya menutup jangkitan tetapi sebenarnya menghilangkan keseimbangan dengan merubah pH normal dan bakteria berguna pada faraj.
6. Jangan semburkan wangi-wangian pada alat sulit kerana ia juga boleh mengakibatkan jangkitan.
7. Bagi suami isteri bersihkan kemaluan terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria. Jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim, sebaiknya basuh dulu kemaluan selepas hubungan.

Petua tradisional
Petua 1 : Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.
Petua 2 : Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.
Petua 3 : Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.