Wednesday, 7 May 2014

Panduan menguruskan dokumen nikah Selangor (Jais)

Okay readers sekalian !

Topic kali ini adalah permulaan pada saat kau (perempuan) dah terima lamaran si dia.

Mula-mula sekali mestilah kene pergi kursus kahwin untuk dapatkan Sijil kahwin dan penerangan bagaimana nak uruskan dokumen pernikahan sebelum masuk ke alam perkahwinan.

Gambar Hiasan


Tapi aku tahu, korang mesti tak fokus masa ustaz kat depan tengah explain. Betul ke tak?

Korang jangan risau, Ustaz tu takkan tanya soalan yang mencabar pada korang masa kursus kahwin tu. So tak payah hafal apa-apa.

Masa dulu-dulu dorang cakap kursus kahwin ni ambil masa beberapa hari. Yeke? Yup ! Cuma dua hari. So, korang kena pergi kursus kahwin di tempat yang berdekatan dengan tempat tinggal korang. Senang untuk berulang-alik. Tapi sebelum tu kene booking dulu yer.

Dulu aku booking sini

Segala details (harga dan lain-lain) boleh kol depa & tanya apa yang korang nak tanya.

Nanti time kursus tu ada lah sedikit sebanyak dokumen yang dorang bagi. Contoh borang tu korang boleh tengok sini . Tapi korang kena daftar dulu baru bole masok. Aku pilih jais sebab yang aku tahu jais je yang ade daftar kahwin online. Yang lain manual. Tapi bila da daftar online, borang yang korang isi tu korang kena print jugak untuk di hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah. Yang KL, jangan daftar JAIS lak. Korang kena daftar JAIWP. So kena pergi sana untuk dapatkan borang kebenaran berkahwin ataupun dapatkan masa kursus kawin atau muat turun kat sini

Da dapat je borang-borang tu korang jangan isi dulu, buat ujian saringan HIV dulu supaya kita tak kahwin dengan penghidap HIV. Hihi. Masa nak buat ujian saringan HIV ni, korang kene sertakan borang ujian saringan HIV yang korang da download tu atau dapat masa kursus kahwin, kepada doktor.

Pastu isi borang permaustatin Jais sebab aku punya ic KL. Nikah kat Kajang, Selangor. So kene isi borang permaustatin. Step dia aku da lupa, nanti korang tanya la ustaz masa kursus kawin tu. Tapi yang pasti kena ambil tandatangan Ketua penduduk bagi mengesahkan borang.

Dan seterusnya isi la borang yang sepatutnya ada. Macam perempuan wajib isi borang lafaz izin dan borang wakalah wali. Yang ni perlu pengesahan wali korang. Begitu juga dengan dua orang saksi. Yang dua orang saksi ni korang boleh suruh kawan, saudara korang. Pastikan mereka lelaki yer. Hihi

Saksi dua orang ni pon pengantin lelaki kena buat yer. Bukan perempuan je.

Apa dokumen yang perlu sertakan tu sertakan je. kalau takut ade yang tertinggal, tick dekat kertas senarai semak. Nanti masa kursus kawin dorang bagi. atau korang download je teros dekat link yang aku bagi tu.

Senarai semak ada dua bahagian iaitu senarai semak lelaki dan senarai semak perempuan.
So, korang baca pada senarai semak mengikut jantina masing-masing yer.

Bila da settle isi borang, korang hantar pada imam yang korang booking tu untuk tandatangan kesemua borang-borang tu. Then baru hantar pada PAID.

Jangan lupa sertakan sekali surat ujian saringan HIV, sijil kursus kahwin dan lain-lain yer.

Bila da selesai nikah, tunggu dalam dua minggu tak silap aku, baru pergi PAID balik untuk tuntut surat perakuan nikah dan sijil nikah korang :)

Tak silap aku kena bayar RM20 kat PAID untuk dapatkan surat perakuan nikah ni

Gambar Hiasan

Bila da siap semua, boleh lah pergi JAIS kat Shah Alam untuk buat kad nikah supaya senang di bawa kemana sahaja. Lagi-lagi yang kawin muda ni. dorang tengok korang macam couple je. Silap-silap jais nak bukti perakuan nikah korang. Surat tu pulak tertinggal kat rumah. Ahhh ! Sudaaa. So, ini la gunanya kad nikah. Kalau korang tak tahu kat mana JAIS, Shah Alam, ni alamatnya :

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor

Selangor State Religious Department
Address:Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 3, Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah, No 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam, Selangor
Tel:+603-5514 3449
Fax:+603-5510 3080
Email:info@jais.net.my
Website:http://www.jais.net.my/



Korang jangan lupa bawak surat nikah korang lak. Bawak gambar ukuran passport korang suami isteri sekali. Kalo tak paham, Kol je JAIS ni. Jangan lupa tanya harga kad ni sebab aku dah lupa kena bayar berapa. Hihi



Okay semoga entry ini membantu ! Good luck guys !
Bye !

p/s : kena settlekan borang lelaki dulu, borang settlekan borang perempuan. Tapi jangan harapkan laki sangat, memang tak jalannnnn. Kau jugak yang kena buat itu ini. Macam kes aku dengan laki aku dulu.
Sebab benda ni, kitaorang sampai gaduh ! Dugaan....


No comments: