Wednesday, 7 May 2014

Budget perkahwinan Part lll

Okay ! Seperti yang dijanjikan kali ini entry tentang budget untuk PERSANDINGAN.

Ia sama seperti pernikahan, cuma beza pada budget, masa, dan tempat !
Dari mana kita nak mula ya?

Okay, Hantaran tak diperlukan lagi. So ignore pasal barang hantaran.

Sekarang kita fokus untuk barang di hari persandingan nanti iaitu :

1. Doorgift

Macam kes aku, aku beli barangan perkahwinan yang murah dekat Nilai 3. Sebab barang kat sana memang murah-murah. korang sendiri pon tahu kan? Tapi yang pasti barang-barang ni aku beli kat VR STAR Nilai
3.


Doorgift


Yang ni aku tak pasti berapa. Nanti aku tengok balik buku yang aku listkan untuk setiap pembelian barangan perkahwinan aku yer


2. Bunga Pahar

Ni pon penting jugak tau untuk letak kedua-dua belah tepi pelamin. So, bunga telur dari bunga pahar ni la yang akan diberikan oleh pengapit kepada perenjis pengantin

Ade dua jenis bunga pahar

Aku guna yang ni


ni yang cucok tu
besi penyangkut atau tempat cucuk lidi bunga telur tu korang bole pinjam kat saudara mara korang yang ada. tak payah beli- beli ! cam kes aku, aku pinjam kat cousin aku

bekas telur bunga pahar aku


Tapi aku punya warna silver supaya tak lari tema kami merah + kelabu
Then kalau amik merah tenggelam semua. Sebab baju da merah.
Sebenarnya colour pon memainkan peranan penting tau !

Okay benda ni aku beli RM200 dapat 100 biji :)

Yang ni pon aku beli kat VR STAR

4. Bunga Manggar

Gambar hiasan. Tapi memang bunga manggar aku warna ni pon. Hehe


Benda ni penting masa kau nak berarak nanti. Benda ni kau bole dapat kat VR STAR jugak
Gambar hiasan ni cucuk pada nenas kan? Aku cucok kat polistrine je. Murah dan tak membazirkan makanan. Membazirkan amalan syaitonnnnnnnnnn



5. Pengapit

Haa korang jangang lupa cari pengapit korang..Nanti tak pasal-pasal kelam kabut cari pengapit !

Pengapit kami



Yang lelaki tu Ejat nama dia. Dia kawan my hubby since sekolah lagi. Sama macam pengapit perempuan. Cuma bezanya pengapit perempuan tu kawan aku. Hehe. Opsss lupa nak kenalkan. Nama dia Zana. Tapi dia lebih selesa orang panggil dia Syaza. Thanks to our pengapit sebab rajin lap peluh kitaorang. Kahkahkah.


6. Baju sedondon

Haa yang ni penting juga untuk sesi Photoghraphy.

Beli je kain kat Nagoya atau kat mana-mana yang murah, tempah cepat-cepat. Kalau rasa leceh, beli je da siap !

KELUARGA MERTUA


Haa..Nampak? Cantik kan?

7. Catering & Butik

Korang boleh refer pada SINI
Dua benda ni sama je macam pada majlis pernikahan

Buat masa ni itu je yang aku bole share, aku harap entry ni boleh membantu korang untuk memeriahkan lagi majlis korang walaupun majlis dibuat sederhana :)

p/s : Lagi jimat kalau korang nikah pagi, tengahari terus sanding. So tak payah buat dua kali majlis :p












No comments: