Tuesday, 6 May 2014

Budget perkahwinan Part II

Hye ! Assalamualaikum readers !
Yang masih setia menunggu tu, thanks for support ya !

Okay sekarang settle je entry MERISIK & TUNANG
harini kita sambung tentang PERNIKAHAN pulak okay !

Ada orang sebelum nikah, dorang buat malam berinai. Dah satu keje kena buat mini pelamin lagi, make up, baju dan senagkatan dengannya la yer !

Tapi bagi kes aku, nak jimat, ringkas dan tak menyusahkan orang lain, aku terus buat nikah je teros ! Memang gelojoh aku ni. Hehe

Tanggal 19 May 2013

Aku tak berapa pasti jam pukul berapa masa tu sebab pengantin lelaki lambat ! Tapi yang pasti pagi. Kenapa pagi? Sebab aku nak booking imam malam semua dah kena booking. al-maklumlah kahwin masa cuti sekolah, memang ramai buat kenduri kahwin. So, korang kene la booking awal-awal yer. Tapi sebelum booking, Make sure korang punya borang permohonan kahwin dah di "APPROVE"  JAIS (bagi kawasan Selangor) atau JAIWP (bagi kawasan Wilayah Persekutuan) dan senagkatan dengannyer.

Cerita pasal borang permohonan perkahwinan dan lain-lain ni, kita cerita pada next entry yer. Sebab bukan mudah nak urus borang-borang ni.

Okay sekarang kita fokus pada BUDGET PERKAHWINAN dulu !
Budget kena ade babe. Kalo takde budget, macam mana nak kahwin? Tak guna isi borang, pergi kursus kahwin kalo takde duit untuk majlis. Betul tak? Bagi yang bernikah sahaja tu boleh la segera pergi kursus kahwin dan isi borang permohonan perkahwinan. Then nikah teros ! :)

Okay masa hari pernikahan tu, aku ade booking :

CATERING + KANOPI + SCALLOP + DOORGIFT

RM10.50 X 250 pax = RM2625
Menu catering seperti yang korang semua tahu. Makanan asas untuk majlis perkahwinan la. Aku nak tulis pon aku da lupa sebab aku pon makan lari-lari babe sebab ramai nak jumpa aku (pengantin) time tu. Hihi. Harga catering pon aku ingat-ingat lupa. Yang aku tahu kurang dari RM3K. So korang tak perlu risau yer. 
Tapi jangan lupa deposit untuk booking sebelum majlis yer !

 Aku booking catering ni dengan kawan abang saudara aku area KL. Tapi aku pon lupa mana aku letak contact brader tu. Hehe. Tapi catering area sungai buloh cuba korang pegi page sini . Jangan risau area KL pon dia bole buat penghantaran. Tapi kene charges la. Mana-mana catering pon macam ni.

SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN KAMI


Lagi nak jimat booking kanopi sekali dengan dorang mungkin boleh menjimatkan duit da masa korang dan juga dorang. Tapi masa booking kanopi tu korang kene decide awal-awal nak scallop warna apa. Macam aku, aku pilih warna gold. Bersesuaian dengan tema baju kitaorang. Nampak tak scallop belakang tu. Nampak kan?

Tapi kes aku ni lain sikit, khemah aku booking dekat pakcik lain lebih kurang RM300 - RM 500. Kenapa murah? Sebab kanopi aku tiga jer ! Korang jangan ingat mahal pulak sebab kanopi ni sekali meja + kerusi + kipas + meja buffet + scallop ! Kalo korang nak tahu lebih lanjut tentang pakej kanopi, korang bole pergi sini

Tapi pakej tu kat klang, kalo korang rasa semua link yang aku bagi jauh dan charges penghantaran terlalu tinggi, korang search jer kat internet. Itulah gunanya internet ! Takpun tanya kawan-kawan atau saudara mara korang. Aku nak bagitahu pon semua aku da lupa aku booking mana ! Hehe

Tapi kenapa 250 pax? Haa sebab aku buat 3 khemah je. Maklumlah majlis nikah jer. Majlis sanding aku buat kat uma pengantin laki

pakej yang aku cerita ni berdasarkan pada majlis pernikahan aku. So tak payah DJ karaoke pon takpe. Untuk majlis sanding, kalo korang nak booking DJ karaoke, catering pon ade sediakan pakej ni.

Tapi ade sesetengah orang, dorang guna budak tahfiz untuk memeriahkan majlis. Contohnya nasyid dan lain-lain. Ikut pada citarasa korang lah.

Tentang makanan pula, makanan untuk meja beradab pengantin sudah semestinya dorang sediakan. Korang jangan lupa cake pulak ! Catering pon sediakan pakej kek pengantin

Kek pengantin kami


Doorgift pon korang boleh je nak booking dengan catering. Tapi kalau nak jimat macam kes aku, doorgift buat sendiri la ! Lagi jimat bagi telur dalam kotak tu je. Hihi. Tapi yang ni bukan aku buat. Cousin aku yang baik ati ni yang nak sponsor ! Dia buat sendiri. Cantik ! Mak suka sangat !

Bunga telur nikah made by Nisa Aris

p/s : Apa-apa yang berkenaan korang ambik pakej jer ! Senang dan jimat masa & duit korang



BUTIK + PHOTOGRAHPY + GUBAHAN HANTARAN

Haa korang jangan lupa booking baju pulak !
Yang ni abang aku yang booking kan sebab butik tu awek dia punya. So dia sponsor pakaian nikah + pakaian sanding + aksesori + bunga tangan + set pelamin (3 panel) + make up .

Bila da booking, jangan lupa seminggu sebelum majlis kene datang butik untuk test baju, Make sure dia da author baju korang supaya tak ketat dan tak besar.

Test

Masa test baju nikah aku tak sempat amik gambar pon. So aku tunjuk baju sanding jela yer. Hihi.
Masa ni abang aku cakap my hubby macam Upin & Ipin. Sikit ar ! Haha jangan mara yer biy.

Berbalik pada pakej, ada juga pakej lain seperti gubahan hantaran, photoghrapy + video.
Tapi abang aku booking yang aku highlight biru tu je sebab photoghraphy abang aku dah booking kat kawan dia. Gubahan hantaran aku buat sendiri, Jimat :)
Kalo korang nak tahu aku booking kat mana, pergi BUTIK ANDAMAN HUJAN EMAS

Bahagian ni aku tak dapat nak kemukakan berapa jumlah harga sebab abang aku yang sponsor. Katanya jangan banyak tanya. Okay aku diam.

NI ABANG AKU YG POYO TU
Okay, sekarang kita masok pada topic hantaran pulak ! Haa.. Barang hantaran ni nak bawak time nikah boleh, time sanding pon bole, Tapi macam kes aku, aku bawak time nikah sebab tanak pelamin serabut time sanding nanti.

Gubahan hantaran aku yang buat sendiri. Baik dulang hantaran untuk pihak lelaki dan pihak aku sendiri. Dua belah pihak aku buatkan. Sebab tanak lari colour untuk tema sanding. Tema sanding kami merah + kelabu. So aku buat untuk pihak laki punya hantaran colour kelabu dan hantaran aku colour merah. Tapi aku tak terima tempahan yer. Harap maklum. Hehe

Kenapa merah + kelabu? Bak kata abang aku macam bangunan UPM. Mentang-mentang la dia kerja sana. Phuiii !

Okay, kembali pada tajuk. Sebelum kita nak gubah, mestilah beli barang terlebih dahulu ye tak? Time beli barang hantaran dengan hubby dulu, Haihh rasa cam tanak balik je dari shopping complex tu. Haha !

Buat pengetahuan uolls sume,  Hantaran kami 7 dulang (lelaki) berbalaskan 9 dulang (perempuan). Yup ! Nombor Ganjil ! Dan perempuan kene balas lebih dua dulang berbanding lelaki !

Ada orang 5 balas 7. Yang tu asas ! So, sape-sape yang nak berjimat tu boleh la guna yang basic ni.

Sekarang meh aku listkan barang aku yang 9 dulang tu untuk hantar ke pihak lelaki :

1. Al-Quran + sejadah
2. Sirih junjung
3. Cake
4. Coklat
5. Buah-buahan
6. Handphone
7. Jam tangan
8. Belt + Purse + Pen
9. Perfume

Sekarang list barang untuk 7 dulang bagi pihak lelaki pada aku :

1. Telekung + Al-Quran
2. Sirih junjung
3. Mas kahwin + Cincin batal air sembahyang
4. Jam tangan
5. Beg tangan
6. Perfume
7. Cake

Tapi korang kene ingat ! Jangan beriya sangat beli awal-awal, buat-buat tak jadi kawin, tak menangis korang? Hehe. So, aku sarankan korang beli bila dah register online nama korang kat sini

So, macam mana? masih mahal ke bagi korang? Kalo nak jimat lagi hantaran makanan banyak-banyak pon takpe. Okay aku bagi contoh hantaran berasaskan makanan.

1. Muffin
2. Rainbow cake, bubble rice chocolate in jar 
3. Famous amous cookies, Oreo, Chipsmore
4. Pulut

Yang lain-lain pepandai la korang fikir. Nak jimat kan? Hehe

Hantaran kepada pihak Lelaki


Hantaran II
Hantaran kepada pihak perempuan
Hantaran kepada pihak perempuan photographer tak sempat tangkap sebab photographer dah start makan, dia jadi malas ! Haha. So aku yang kena tangkap sendiri. Ni je yang sempat aku ambil. Yang lain tak tahu ilang mana. Hihi

Amacam cantik tak?

Bunga-bunga yang ada pada kesemua gambar hantaran ni aku buat guna tisu je. Sebab nak jimat ! Macam mana aku buat? Nanti aku ajar pada next entry ya ! 
Tisu colour ni korang boleh dapat kat IKEA

Bagi hantaran colour merah, aku beralaskan bantal. Harga bantal ni satu RM6.50 jer. Boleh dapat kat IKEA jugak ! Hee

Tapi kalau nak jimat korang guna polisterine beralaskan kain dan cucuk dengan jarum peniti :)

Bagi hantaran colour kelabu, aku beralaskan cermin. Nampak tak? Cer usha betul-betul kat perfume tuu. Cermin tu pon aku beli kat IKEA. RM8 satu !

Yang reben tu mana - mana kedai boleh cari. Hihi

Yang bunga biji - biji warna purple tu aku beli kat SSF Home Kalo nak murah semestinya kena ade member card !

Peringatan aku kat sini, korang da boleh buat hantaran ni masa korang tengah settlekan borang-borang kawen korang. Jangan buat last minute plak ! 

Nanti borang - borang kawin korang settle je, korang da boleh booking imam dan terus nikah ! :)
Tak payah pening-pening pasal hantaran lagi.

KAD JEMPUTAN + BANNER + SEPANDUK

Okay apa fungsi ketiga-tiga di atas ni? Haa dengan adanya bende ni, semua jemputan korang takan sesat punya ! Jangan dok sibuk dengan barang hantaran je. Booking sana sini. Sekali kad jemputan langsung tak buat ! Kad jemputan ni make sure kena siap 2 minggu sebelum majlis. Tu paling lewat la tu 2 minggu. Ade orang sebulan da siap !

Selalunya buat kad jemputan akan dapat free banner ! So pandai-pandai la korang mengayat kedai tu yer ! Kad jemputan aku satu rm1.30 mahal sikit sebab guna design sendiri. Rasa menyesal pulak guna design sendiri, Banyak lagi design cantik-cantik dalam katalog yang kedai tu sendiri sediakan. Ade yang rm0.30 ! itu kalo ikot pakej mereka sendiri. pandai-pandai la korang pilih nanti !

Macam aku, aku order kat seremban. Jauh ! So, apa kata korang try belek internet cari sendiri. Contohnya sini Kad kahwin murah RM0.10

Make sure korang sediakan pendrive untuk copy design kad jemputan korang masa pengambilan kad jemputan yang da siap kat kedai tersebut ! Benda ni untuk memudahkan korang post dan menjemput rakan-rakan di Facebook !


Thanks kak Ain

Banner kami

SEPANDUK KAMI


Sepanduk tu korang jangan gatal-gatal suruh akak yang buat kad jemputan korang buat lak ! Mmeamng nak kena penampar budak ni agaknya ! Haha. Yang ni korang bole taip sendiri, kalo malas nak taip, korang tulis guna maker pen pon takpe. Then tampal je kat kotak ikut ukuran kertas. Tujuan beralaskan kotak sebab nak bagi dia keras. Setelah siap tu korang balut guna plastik khusus supaya tak basah kena hujan dan tebuk guna puncher untuk ikatkan tali rapia pada sepaduk tersebut dengan lampu jalan atau traffic light,

contoh plastik khusus
Lastly, Jangan lupa hias bilik tu untuk sesi penangkapan gambar ! Jangan sibuk hias diri je ! Haha

Okay harini tamat sudah budget untuk nikah !
Lain kali aku update untuk budget persandingan pulak yer !

Sebelum tu, meh aku belanja gambar nikah aku



ok bye !

p/s : Buat pengetahuan korang, aku memang daftar kawin dekat jais sebab aku nikah kat kajang even aku punya ic alamat KL, then terpaksa isi borang permaustatin. Nanti aku ajar macam mana nak isi borang kahwin yer. Sekarang kita fokus pada budget dulu. Yang kahwin area KL dan lain-lain tu jangan gatal-gatal isi dekat jais pulak ! Nanti time kursus kahwin dorang ada explain. Cara isi borang kawin pon dorang akan terangkan. Tapi aku tetap nak ajar korang supaya korang tahu kawin ni tak lah complicated sangat ! Tapi tunggu next entry yawwww !







No comments: