Tuesday, 6 May 2014

Budget perkahwinan Part I

Salam readers !

Okay, harini aku nak cerita macam mana dengan persiapan perkahwinan aku dan berapa budget untuk perkahwinan aku ( kenduri nikah & kenduri majlis perkahwinan)

Bagi sesiapa yang ingin berkahwin sudah tentu mereka mahu tahu berapa budget dan bagaimana persiapan untuk ke alam perkahwinan kan?

Okay, arini aku nak cerita bagaimana nak jimatkan masa, tenaga & duit even buat majlis persandingan

Sebagai permulaan, adat melayu mestilah "MERISIK" terlebih dahulu untuk memastikan tuan punya badan (Perempuan) setuju ke tak. Betul tak? Tujuan merisik juga untuk membincangkan tarikh pertunangan, pernikahan dan persandingan. Rombongan pihak lelaki juga perlu membawa "CINCIN MERISIK" iaitu cincin belah rotan.
Bagaimana ya bentuk cincin belah rotan?

Thanks mummy !


Pendapat aku, bagi yang ingin menjimatkan lagi wang korang, aku sarankan kau (Perempuan) dengan bakal mak mertua kau pergi kedai emas, beli cincin belah rotan & cincin kawin sekali (Cincin batu). Sebab sekarang ni, mana-mana kedai emas aku pergi, dorang jual cincin batu dapat percuma cincin belah rotan babe ! Nyesal gua kawen awal ! Haha.

Kenapa nikah pon beli cincin? Sebab gelang, rantai semua aku da ada ! tanak la gelang dengan rantai banyak-banyak ! Kang ada lak mami jarum dok cucok sana sini. Lagipun aku tak minat sangat barang kemas ni. Arwah mak aku je yang rajin belikan. Huhu

Ade orang beli gelang atau rantai untuk batal air sembahyang. Ikut citarasa korang lah ! Tapi kalo nak jimat, ikut la pakej di atas yer 

Lagi satu yang aku nyesalnye tu, ade cincin ukir nama babe ! boleh buat cincin pertunangan. Tapi macam aku ni tak buat majlis pertunangan sebab nak jimat. Hehe. 

CINCIN UKIR NAMA
Cantik kan? tapi ambil masa la. kene tempah dulu. dan siap dalam masa 45 hari. Harga aku tak pasti. Tak survey lagi. Hehe. Tapi bagi yang nak berjimat tu. aku sarankan baik tak payah la. Da lama makan masa. Aku sarankan korang beli cincin pakej yg aku cite tadi. tu bagi yang tak buat majlis pertunangan cam aku la. kalau yang nak buat majlis pertunangan tu, cincin ni paling cantik dan rasanya murah kot. Kot la. Hehe

Peringatan disini, korang kena beli cincin emas 916 baru ada harga ! Dan jaga-jaga jangan sampai tertipu. Kalo nak selamat, check dulu kat barang kemas tu ade tak ukiran 916. Ukiran tu kecik je. Kene tengok dengan fokus okay ! Selalunya ukiran 916 ni ada pada kekunci untuk gelang dan rantai. Bagi cincin pula, korang kene tengok bahagian dalam cincin. Kalau tak jumpa jugak, tanya orang kedai emas tu. Kalo dia tak bagitahu, confirm menipu ! Atau pon korang tanya la pada Nenek, Mak, Kakak, Kawan, Makcik, Sepupu yang berjantina perempuan. Mereka lebih tahu. Jangan tanya adik perempuan korang pulak ! 

Haa korang jangan syok sangat ! Merisik ni bukan bawa cincin je cik abang oiiiii
Kena la bawak buah tangan sikit masa nak datang rumah pihak perempuan..

Bawak la buah-buahan ke, kek ke, coklat ke, cupcake ke, muffin ke..Maksud aku kat sini barang2 yang berasakan makanan yang boleh dijadikan sebagai hantaran la.. Bawak dalam dua makanan pun jadi la sebab 1 lagi mak kau da bawak cincin untuk makwe kau. Pastu hias sikit bagi cantik.. Jangan kau bawak pisang goreng dengan cekodok pulak kot ye pon nak berjimat ! Haha

Macam husband aku dulu dia bagi kek jer. Jer? Alhamdulillah. Hehehe

Tiramisu Cake, Thanks biyy


Bagi pihak perempuan pulak kau jangan ingat tak payah bagi apa-apa dekat pihak lelaki..Perempuan pon kene bagi tau !

Macam aku, aku bagi coklat & buah-buahan

Curik gambar jap ! sebab tak sempat nak amik gambar dulu. Hehe
Curik gak ! Ampunnnnnnn
Dan seterusnya diikuti dengan "BERTUNANG"

Tetiba ! Haha. Bukan apa. Aku tak buat tunang tunang ni. Membazir ! Dala masa merisik bawak cincin & hantaran. Tunang pun kena bawak lagi. Even masa merisik hantaran takdelah banyak mana, tapi bagi aku tetap membazir ! Sebab time tunang kene beli cincin lagi. Mau tak pengsan laki aku? Pastu yang perempuan susahkan diri tempah mini pelamin, baju, mekap. Bagi yang buat sendiri tu alhamdulillah la kan? Yang tak reti nak buat sendiri ni. Acano tu? 

Baik duit tu korang pergi buat honeymoon. Tak gitu?

Cuma kat sini aku nak bagitahu perbezaan "Merisik" dan "Tunang"

MERISIK

korang kene tahu, time merisik ni. yang lelaki jangan gatal-gatal ikut mak bapak korang merisik awek korang ni, kang buat-buat awek kau tiba-tiba kata tak setuju,
kau jugak yang malu kat situ. Hahah !
                 

rombongan korang just hantar cincin je pada pihak perempuan. Kenapa tak sarung eh? Sebabnya time merisik ni awek korang kene berkurung dalam bilik. So nak pakai baju tido pon takpe. Dah jimat kat situ. Weeee
______________________________________________________________

Tapi kes aku ni aku keluar jugak. Takdenye aku nak berkurung sebab aku tunang terus time tu. Gelojoh betul aku ni. Haha. Samalah dengan laki aku. Dia pon datang ikot rombongan untuk merisik aku. Yelakan, orang nak tunang terus la katakan. So di antara dua majlis ni aku mengenakan baju kurung dan laki aku pakai T-shirt. Bapak sempoi kan majlis kitaorang?

Okay sekarang pahami erti bertunang..

_____________________________________________________________

TUNANG
Haa..Time ni yang laki nak ikut pon suka hati.. Tapi tak boleh ikot mak nye masuk bilik untuk sarung cincin kat perempuan. Sebabnya perempuan dulu-dulu duk dlm bilik tapi yang ni kene berdandan la sebab bakal ibu mertua yang kena sarung cincin !
Tapi perempuan sekarang tunggu atas mini pelamin jer. Wahhh gitu !

Time ni yang laki jangan gatal-gatal dok sarung cincin kat awek korang ! Tahu la dia da terima lamaran korang ! Time ni ibu korang yang kene sarungkan cincin sebabnya korang belum boleh bersentuhan lagi. Belum nikah lagi babe ! Ingat tu !

______________________________________________________________

Sekarang dah paham apa perbezaan dua perkara ni? Okay Good ! Esok kita sambong ke bahagian persiapan pernikahan pulak yer ! Ok bye


No comments: