Friday, 25 April 2014

Wedding Planning

Hye readers !
Haa aku paling suka topik ni..Sebabnya percintaan selepas kahwin memang indah seindah indahnya !
Nampak tak berapa banyak indah tu? Hehe..

Semalam aku post cam mana aku boleh kenal my hubby sebelum kahwin kan? Harini aku nak cerita macam mana kita orang boleh kahwin. Heeee.

Buat pengetahuan uolls sume, I dgn my hubby ni sebaya tau ! Tahun ni umur kami dah 21 tahun. Tak sangka
umur kami da meningkat dewasa. Kami kahwin pada tahun 2013, masa tu umur kami baru 20 tahun bak kata orang masih remaja lagi. Keh3.

Kenapa? Awal sangat ke kami kawen? Haihh uols ni jangan fikir negatif dulu yer. Tunggu I cerita sampai abis dulu okay. Lagipon I rasa tak ade la awal sangat. Time nenek moyang kita dulu umur 12 tahun pon dah kahwin nokkkk !

Ramai orang kata kahwin muda ni terlanjur. Gatal. Umur baru setahun jagung dah nak kawen. 
Lagi2 yang nikah je. Memang teruk la di umpatnya. Kesian dengan orang yang mendirikan masjid time muda ni. Selalu dapat pandangan negatif dari masyarakat. 

Pada pendapat aku, arghh kesa pulak aku apa orang nak cakap? Yang penting aku bahagia. Tak dapat dosa asyik dok berdating je. Sampai bila nak buat maksiat kan?

Haa mula la tu korang ingat aku buat maksiat. Meh baca ni

Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara’. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.
Bercouple seolah2 sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab2 yang di haruskan syarak. Lain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama tunang pun masih haram kelaur bersama tanpa di temani oleh mahram.
Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.
wallahua’lam



So bagaimana kengkawan? Terasa nak kahwin tak? Heee
And ade sebab jugak kenapa gua kawin awal. sobsobsob
Ini adalah dari amanh dari arwah mak aku jugak. Nasib baik my hubby sempat berkenalan dengan arwah mak aku sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 6 September 2012, Khamis di rumah kediaman kami pada jam 6.00 pagi.

Amanah yang aku cakap tadi adalah pesanan terakhir pada my hubby. Arwah mak aku pesan " Bila mak da takde nanti, jaga Ain elok-elok, mak teringin sangat nak tengok anak anak mak ni kahwin dan bahagia. Tapi mak tahu mesti tak sempat".

My hubby hanya anggukkan kepala masa dengar pesanan terakhir dari arwah mak aku.
Itulah pesanan terakhirnya semasa dia ditahan wad kerana dia terpaksa di potong kaki akibat diabetic.

Dalam 9 bulan arwah mak aku terpaksa menjalani kehidupan seperti biasa tanpa kaki kirinya dan aku terpaksa berhenti belajar sebab tiada siapa dapat menjaga ibuku selainku kerna aku hanya mempunyai 2 beradik sahaja iaitu abangku yang bekerja kerajaan.

Jadi aku lah terpaksa berkorban utk menajaga ibuku kerna abangku sibuk dengan pekerjaannya.

Alhamdulillah pengorbananku tak sia-sia kerana kini ku bahagia dengan my hubby walaupun arwah mak da takda. semua ni mungkin dari berkat doa seorang ibu dan amanat terakhir dari bondaku. "Alhamdulillah mak. Kini  mak takan sedih lagi, dia sudahpun menikahi Ain dan jaga Ain dengan elok. Ain happy sangat. Terima Kasih mak".

Selepas 9 bulan berturut turut arwah ibuku hanya bergerak dengan cara mengesot dan akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya dan aku tak sangka semasa pemergian bondaku, bakal ibu mertuaku dan dia datang dari seremban. Cuma bakal ibu mertuaku sedikit terkilan sebab tak dapat tengok muka arwah ibuku kerna beliau sudahpun dikebumikan. Semasa talkin di baca, aku dapat rasa yang dia pon cukup sedih di atas pemergian bondaku.

Sama-samalah kita doa al-fahtihah. Semoga ibuku ditempatkan disisi orang orang yang beriman. Amin

Keadaan menjadi seperti sediakala.

Beberapa bulan mendiang, my hubby ajak balik rumahnya di Seremban. Katanya mummy nak jumpa aku sebab rindu.

Malam tu aku ikot dia ke Seremban. Sampai je sana, nenek dia terus nangis dan peluk aku. Nenek dia kata "Kesian kau muda2 lagi da takde mak ayah. Jangan sedih ye nak. Kami ada. Da anggap kau macam anak sendiri. Ain jangan lupa doakan arwah"
Teharu betul aku malam tu sebab masih ada lagi orang yang prihatin terhadapku

Sejak kejadian itulah ibu mertuaku plan untuk menyatukan kami. Dia kata dia sayangkan aku macam anak sendiri. Dia jugak tanak aku rasa bersendiri dan dipinggirkan. Katanya lagi "tolong anak yatim macam aku besar pahalanya". Ya Allah, mulia sungguh hati ibu mertuaku.

Ibu mertuaku bertanya lagi, " Ain nak kahwin bila?"
Aku tergamam seketika
Lalu ibu mertuaku bertanya lagi "Ain, mummy tanya ni. Kau nak kahwin bila?
Nak kawin dengan Kiki x?" (Kiki tu nama panggilan dia dengan family dia)
Hatiku berbisik, "Biar betul mummy ni. Siew tak pernah bagitahu apa apa pun kat aku?"
Lalu aku pun menjawab "Eh? Kenapa tiba tiba je ni mummy? Ain tak tahu apa apa pun. Ada apa sebenarnya?"
"Kiki tak bagitahu kau apa apa ke?" Tanya mummy
"Bagitahu apa?" Tanyaku
Lalu kami pun memandang dia. Dia hanya tersengih bagai kerang busuk ! (Nada geram) Hehe

pelik gak aku time tu, kenapa my hubby senyap dan tak pernah melamar aku dan menyatakan hasrat hatinya padaku. Lalu aku pun bertanya padanya "Kenapa biy tak pernah bagitahu cayang apa apa pasal ni? kenapa biy tak cakap mummy plan benda ni?"

Dia hanya tersengih dan tak mampu mengungkapkan apa apa.
Tiba tiba mummy tanya lagi " Camne ain? Nak tak? Kalau nak, pilih tarikh. Jgn risau kenduri semua mummy dengan ayah sponsor." 
Hatiku berbisik " Wahhh kalau macam ni punya senang, sape tanak kawen en? Haha"
"Biar betul mummy?" Tanyaku dengan riang
"Ye sayang, kau kan dah tak belajar lagi. Lagipon mummy kesian kau tinggal sana sorang2. Lebih baik korang kawin je daripada tak kawen tapi macam belangkas mummy tengok. Risau tau mummy. Ingat mummy tak risau ke?" Kata mummy sambil tergelak

"Hmm nak tu nak mummy. Tapi Ain tak boleh buat keputusan sekarang." Kataku dengan perlahan
"Kenapa? Ain nak sambung belajar balik ke?" Tanya mummy
"Tak tahu lagi. Tapi niat nak belajar balik tu memang ada." Kataku
"Apa salahnya? Dah kawen pon boleh belajar kan?" Tanya mummy
"Memang la. Tapi tah la. Ain tak tahu la mummy, Ain takut tak ready lagi nak kawen". Kataku
"Kalau tak ready, mummy tak boleh buat apa lah. Apa2 pon Ain bawak berbincang dengan abang ye. Kalau abang pon setuju Ain kawen, Ain kawen la. Nanti tanya abang sekali bila mummy boleh anta rombongan meminang." Kata mummy
"Okay mummy." Kataku sambil tersengih

Tamat sahaja sesi temubual dengan mummy dia, aku terus mendapatkannya dan bertanya
"Kenapa biy tak penah bagitahu cayang pasal ni? Kenapa tiba tiba mummy nak kita kawen?" Tanyaku dengan serious.
"Sebab mummy da anggap cayang cam anak dia sendiri sebab tu dia nak kita kawen. Lagipon mummy ada tanya biy nak kawen dengan cayang ke tak. biyy cakap jela nak sebab biy pon cayang sayang." Katanya sambil melihat mataku
Aku hanya terdiam membisu. Menahan air mata yang akan menitis bila bila masa sahaja. Aku tundukkan kepala sambil bertanya " Tapi kenapa b tak pernah bagitahu cayang pasal ni?"
"B da lama nak bagitahu, tapi b takut cayang tak sedia lagi. Tapi apa yang b takutkan memang betul terjadi. 
Cayang memang tak sedia nak kawen dengan b lagi. Betul tak? Kalau cayang tak sudi takpela. B tak paksa. Lagipon b buka ade apa pon. Moto, kete pon takde. Apatah lagi rumah b nak bagi kat cayang. B paham. Take your time. B tunggu" Katanya sambil mendongakkan kepalaku

Aku diam membisu

Semenjak kejadian tu, fikiran ku menjadi serabut. Aku dilema.














No comments: