Thursday, 24 April 2014

Jodoh dan pertemuan

Hye bloggers !

Haaa..Aritu kan aku ada benda nak cerita kan? Haa..Sekarang tibalah masanya.

Permulaan pertemuan aku dengan my hubby adalah semasa kami form 3. Bukan satu sekolah okay. aku sekolah di SMK Bandar Tun Razak and My hubby sekolah dekat High School, Kajang. Hmm dengar cerita budak sana nakal2? Betul ke? Tak kisah la kan? Yang penting my hubby sangat baik dan sangat penyayang. I Love You Biyy ! 

Okay kami dipertemukan di Kajang jugak sebab my hubby stay sana. Aku ke sana sebab cousin aku baru pindah sana. Kebetulan rumah dia (my cousin) depan padang and my hubby pulak suka lepak depan padang ni dengan kengkawan dia. Then sekali aku terjebak lepak kat padang tu. Buat pengetahuan uolls sume, my cousin tu girl. Hihi. Aku pon tak berapa ingat macam mana aku boleh terjebak lepak kat padang tu sekali.

Tapi time tu my hubby syok kat member aku sorang ni. Nama dia Saedah. Memang tak di nafikan la. Cantik orangnya. Time tu aku tak kesa sangat la sebab time tu aku takde pasaan lagi kat budak ni. Haha (Sorry biyy). Mungkin sebab time tu aku dah berpunya. Btw ni gambar Saedah.

Cantik kan? and siapalah aku nak dibandingkan dengan dia ni. btw sorry babe sbb curi gambar kau. HAHA


Time tu kami gosipkan mereka. Tapi malangnya Saedah ni pun dah berpunya. Then dorang cuma berkawan jelah walaupun my hubby da luahkan perasaan dia kat Saedah ni. Kesian my hubby. Dah malu dia kat situ. Hehe.

After dah berkawan selama beberapa bulan, my hubby ni terpaksa berpindah ke Seremban di sebabkan ayah dia kena transfer kerja kat sana. Have to say goodbye. Kesah pulak gua time tu kan? Hahah (Ampun biyy)

Selama dia kat Seremban tu ade jugak dia contact2 aku. Tapi aku layan2 camtu jelah sebab aku kan dah berpunya dan setia orangnya. So, tak perlu la beri harapan atau berharap pada orang. Ye tak? Kihkih.

Then lama-lama kami pon lost contact. Sesekali Saedah pon lost contact dengan dia. No. dia pon kami da hilang. Tersadai la dia sorang diri. (Bapak kurang hajar ayat aku ni). Haha

Kami pon lalui kehidupan kami seperti biasa tanpa dia. Kahkah. Lepas dah beberapa tahun, kami meraikan hari terakhir SPM, Raya pon menjelma. Apa jadi time tu? Haaa....Jeng...Jeng...Jeng !

Tanggal 30 August 2011 (Raya Pertama)


Sedang aku dan cousinku mengenakan baju kurung, tiba-tiba mak saudara aku jerit " Ain ! Eca ! Cepat turun ! Aku nak minta tolong beli alas meja kat kedai plastik depan ni jap. Aku nak ganti alas meja. kejap lagi orang nak datang raya". 

Dengan sepantas kilat kami menaiki motor menuju ke destinasi. Hahaha tak boleh blah ayat aku. Da macam ayat novel.

Bila dah selesai bayar, aku n cousinku pon menaiki moto untuk pulang. Sedang turn aku menaiki moto dibahagian belakang, tiba2 cousinku tunjuk budak lelaki berbaju melayu colour peach lengkap bersongkok dan bersamping melambai-lambai ke arah kami dari arah seberang. Akan tetapi aku tidak dapat mengagak siapakah pemuda tersebut? 

Haaa korang jangan memandai cakap aku buta pulak ! Actually time tu aku tak bawak spect. So ada masalah penglihatan disitu. Kehkeh

Then aku pon tanya pada cousinku. "Siapa tu?".
Cousinku pon menjawab "Siew la ! Kau tak nampak ke?"
"Aku kan rabun. Haa asal dia lambai kita?" Tanyaku
"Dia soh kita pergi sana" Kata cousinku
Aku menjawab " Eee tanak aku. Dalah family dia ada kat dalam kete tu. segan aku. Lagipun kita perempuan, takan kita nak pergi kat dia. Jom la balik, kg mak kau bising alas meja dia tak sampai"

Sedang cousinku mula menghidupkan enjin motornya, tiba-tiba siew datang ke arah kami. Orang pertama dia tegur adalah Aishah.

Alamak siapa pulak Aishah tu? Heee..Jangan panik.. Aishah tu cousin aku yang bawa motor tu laa.

"Weh Aishah, lama tak jumpa..Kenal aku lagi tak?" Tegurnya.
"Kenal la..Apa lak tak kenal" jawab Aishah ringkas
Sedang Aishah menjawab pertanyaannya, pandangan matanya menangkap mataku ! 
Hatiku berdebar dan berbisik "Haishhh ensem jugak mamat ni..Dengan baju melayu lengkapnya..Kenapa dulu aku tak pernah perasan?"
Tiba-tiba aku tersentak ! "Weh kenal aku lagi tak?" Soalnya.
"Kenal la..Kau kenal aku tak?" Tanyaku.
"Mestilah kenal..Hehe" Jawabnya.
"Korang buat apa kat sini?" Soalnya.
"Beli barang la. Kau lak watpe kat seberang sana?" Tanya cousinku
"Beli lemang..Biasalah hari pertama raya kan" Jawabnya pendek
"Haha. Ye tak ye. K la weh, kiteorang nak gerak balik ni." Kata cousinku
"Haa k la. Jap berapa eh nombor kau?" Tanyanya lagi.
"014-*******" Jawab cousinku.
"Ok thanks" Jawabnya.

Kami pon gerak menuju ke rumah..Sedang cousin ku pandu motor, hatiku berbisik "Aisehmen, budak tu syok kat cousin aku ke? Hmm lantaklah".

Sampai je di rumah, cousin2 ku yang lain da sampai. Termasuklah anak buahku yang baru lahir. Arissa namanya. How cute. Sedang aku sibuk melayani ketiga tiga anak buahku, telingaku terdengar yang fon Aishah asyik berbunyi menerima mesej. Mungkin dari Siew. Entah apa agaknya kandungan mesej2 tersebut aku pun tak tahu.

Tiba-tiba aku terdengar Aishah teriak memanggil namaku "Ain, sini jap".
"Apa?" Tanyaku
"Siew nak nombor kau..kau bagi tak?" Tanya Aishah.
"Asal lak dia nak nombor aku?" Soalku lagi
"Mana lah aku tahu. kau nak bagi ke tak?" Tanyanya
"Suka hatilah". Jawabku ringkas.
"Hmm malas la aku nak layan. Jom gi raya uma qila" Ajak Aishah
"Jom" Jawabku.

Hatiku berbisik, "asal mamat tu nak nombor aku? Takkan ar dia syok kat aku..Ni mesti dia nak tanya pasal Saedah". Teka ku.

Bila sampai je rumah qila, Kami makan dengan hidangan yang ada. Terliur siot bila diingat balik. Pas makan, tiba-tiba Aishah suruh aku pegang fonnya sebab dia nak ke tandas.
Tak lama kemudian, fon Aishah berbunyi. Tiada nama yang tertera tapi hanya nombor.
Aku pun menjawab talian tersebut "Hello"
"Hello Aishah, bagi la nombor Ain, aku ada benda nak tanya ni". Kata Siew dengan tergesa-gesa.
"Ni Ain la ni..Siapa ni?" Tanyaku
"La kau ke?Aishah mana? Hehe.." Gelaknya
"Yela..Aku la ni..Aishah kat tandas..Nape kau nak nombor aku? Ada apa yang penting kau nak tanya? Tanyalah sekarang." Gesa ku
"Bagilah nombor kau nanti aku tanya." Jawabnya perlahan
"Hmm okay. Ni mesti nak tanya pasal Saedah. Haha. Ni nombor kau kan? Japgi aku mesej." Kataku
"Thanks" ucapnya.
"Ok bye". Lalu ku memutuskan talian.

Tak lama beberapa minit tiba-tiba Aishah sergah dan tanya "siapa kol tadi?"
"Siew" Jawabku
"Dia nak apa?" Tanyanya
"Nombor aku" Jawabku
"Kau da bagi belom?" tanyanya lagi
"Da..Dia nak tanya pasal Saedah kot" Teka ku lagi
"Mungkin..Weh jom la balik..Aku sakit perut la pulak" Ajaknya
"Okay" Jawabku pendek.

Sampai je di rumah cousinku,

Fon aku berbunyi

Siew : Salam, weh apa cerita sekarang? Lama tak dengar cerita.
Aku : Sihat je, kenapa? rindu ke? Hehe. Kau sihat?
Siew : Sihat jugak. Lain kau sekarang en?
Aku : Apa yang lain?
Siew : Makin cantik
Aku : Cantik tang mana pon aku tak tahu. Haha. Asal? Dulu aku tak cantik ek?
Siew : Takde lah camtu..cuma da lain..
Aku : Kau pun apa kurangnya..Hehe..Haa ni kau cakap tadi ada benda nak tanya..Apa dia? Pasal 
          Saedah ke?
Siew : Eh tak la..Pasal kau la..Hehe..
Aku : Nak Tanya apa?
Siew : Kau dah ada pakwe ke? Hehe
Aku : Laa soalan ni je kau nak tanya? Aku ingat ada yang penting tadi.
Siew : Bagi aku penting. Takpela tanak jawab
Aku : Haha sejak bila kau pandai touching ni? Hmm tak ada la. (sebenarnya ada tapi tak happy). 
          Kenapa? Nak masok line ke? Haha
Siew : Ouo..Samalah kita..Aha..Boleh ke aku nak cucuk jarum? Hehe
Aku : Haha kau buat lawak eh Siew?
Siew : Aku serious la.
Aku : Sangat tak gentle la kau ni. Nak ngorat pon mesej. Cakap aku kau plak tu. Haha. 
          Kau tak rasa lawak ke?
Siew : I dont think so. So cmne? Nak tak?
Aku : Tak reply (Tengah fikir..Nak ke tak?)
Siew: Tak pela
Aku : Hehe, Ok la

(Boleh la. lagipon ensem gak kau ni. Moga2 dengan hadirnya kau dalam diri ini, bisa membuat aku melupakan dia dan kisah silam aku. Cinta boleh dipupuk. Betul tak? Dan tak semestinya perempuan yang mudah menerima cinta sang lelaki, dia perempuan murah dan kemaruk cinta. Mungkin ade sebab-sebab tertentu. Contohnya sebab seperti aku)

Siew : Thanks sebab sudi jadi teman hidup aku

(Maafkan aku..cinta tak mudah disemai..Beri aku masa untuk mencintaimu..
Aku harap kau dapat buat aku lupa pada dia..Aku akan cuba sedaya upaya untuk menyayangimu seperti mana aku menyayanginya)

Aku : Thanks jugak sebab sudi terima kekurangan diri ni
Siew : Eh tak la. Jangan la cakap camtu. Kau dah cukup sempurna di mata aku. 
          Aku je yg banyak kekurangan. Aku harap kau terima aku seadanya.
Aku : Insya'allah

Semenjak tu la kami declare as couple. Hehe. Tak sangka dengan kehadiran dia, aku betul2 boleh lupakan Amzar. Even ada lagi lelaki yang pernah menggantikan Amzar, tapi cuma my hubby je yang berjaya merebut hati aku. itulah namanya jodoh ! Yang penting laki aku pandai mengampu. Hehe. Cayang sayang sangat kat biyy ! Okay bye !

Okay blanje jap. besar punya ! haha







No comments: