Tuesday, 27 May 2014

Resepi kek lapis daging berkeju

bahan-bahan

•3 biji kentang di potong dadu kecil (seeloknya direbuskan seketika)
•4 keping daging burger
•1 biji bawang besar-cincang halus
•3 ulas bawang putih –cincang halus
•1 sudu besar serbuk kari-kacau dalam sedikit air
•1 sudu besar cili mesin
•3 sudu makan minyak untuk menumis
•12 keping roti
•500ml susu segar
•4 biji telor
•secubit garam
•Parutan cheese mozzarella-ikut kesukaan,byk lg sedap
•Sedikit margerin untuk melenser

Nyum nyum. Nampak sedap tak?

Cara-cara

1. Tumis bawang hingga layu
2. Masukkan cili mesin dan kari
3. Tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan daging
5. Biarkan hingga daging empuk
6. Masukkan kentang
7. kacau sebati. Masukkan gula + garam seenak rasa.
8. Dalam bekas yang berasingan, Satukan Susu + telor + secubit garam
9.Pukul susu + telor + garam hingga sebati

10.Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
11.lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin
12.letakkan 1/3 bahagian roti yang dicelup.
13.Kemudian letakkan separuh daripada daging + kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
14.Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging +kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
15.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
16.Bakar dengan api sederhana@160 selama 20-35 mins atau sampai lidi tak lekat
17.Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Sunday, 25 May 2014

Resepi ayam masak kicap mertuaku

Bahan-bahan :

1 inci Halia*
Ayam
Lada sulah
Cili boh
Bawang merah*
Bawang putih*
Bawang holland
2 batang Serai (di ketuk)
Kayu manis
Kicap
Air asam jawa
Garam

Cara-cara :

1. Blend bahan bertanda *
2. Tumis bahan blend + bawang holland + cili boh + kayu manis + serai + lada sulah
3. Gaul sehingga garing
4. Masukkan kicap + ayam + air + air asam jawa + garam
5. Siapp

Haihh terliur pulak tengok ayam masak kicap kegemaran suami aku ni. Heheh

Friday, 23 May 2014

Resepi ayam masak merah

Sambil tunggu En Asben amik aku kat ofis,
Apakata aku share sikit resepi yang akan aku masak kejap lagi.
Memandangkan hari ini pon takde pasar malam, terpaksalah aku masak.
(bunyik macam terpaksa masak) Ngeh3

Selalunya memang beli kat pasar malam untuk dinner sebab dah kerja.
So jadi malas untuk masak. Hoho

Then dah hujung-hujung bulan ni faham-fahma jelah. Tunggu gaji la jawabnyer sebab poket masing-masing dah kering.

Nak tak nak, masak jugaklah. Heheh

Bahan-bahan :

Ayam
Cili boh*
Tomato (dipotong kasar)
Minyak masak
Serbuk kunyit
Serai (di ketuk)*
Halia*
Bawang merah*
Bawang putih*
Air asam jawa
Sos cili
Garam & ajinomoto secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng ayam bersalut serbuk kunyit
2. Setelah siap digoreng, tos kan
3. Tumis bahan bertanda *
4. Tunggu sehingga cili garing dan masukkan ayam goreng tadi
5. Masukkan sos cili + tomato dan gaul sebati
6. Masukkan garam + ajinomoto
7. Siap dihidang !

p/s : Tomato tu kalo nak gantikan dengan air asam jawa pon okay. And kalau nak naik bau, tumiskan sekali dengan kayu manis.
Aku tak letak kayu manis sebab aku tak suka rasa dia dengan ayam masak merah. Kalo dengan ayam masak kicap baru ada umphhhh !

Next entry nanti aku masukkan resepi ayam masak kicap mak mertua aku yang sampai sekarang hubby aku suka ayam masak kicap mommy dia ! Sampai aku pon terjebak minta resepi mak mertua aku punya ayam masak kicap. Katanya itu makanan kegemaran hubby aku. Alhamdulillah menjadi. Hihi. Tunggu next entry yer !

Thursday, 22 May 2014

Resepi bubur Mcd

Bahan-bahan ( untuk 2-4 orang )

1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia diketuk / titik
2 sudu kecil serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam (aku selalu guna isi ayam)
1 liter air
sedikit garam

Garnish

lada merah
daun bawang
daun sup
serbuk lada putih

Cara-cara
1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Jangan buang air rebusan ayam tu.
2. Basuh beras bersih2. Masukkan beras ke dlm periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka lembut mcm mana korang nak.
3. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah & daun sup.
5. Titiskan sikit dgn minyak bijan.

Resepi ayam madu sticky

Bahan-bahan
• 1/2 ekor ayam - potong kecil
• 2 inci halia muda - parut
• 5 ulas bawang putih - ketuk
• 2 sudu besar kicap pekat manis
• 1 sudu besar sos tiram
• 2sk maggi seasoning @ sos ikan - aku letak dua-dua
• 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
• 3-4 sudu besar madu
• 1/2 sk lada hitam
• 1/4 cawan air
• garam jika perlu

Cara-cara
• Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
• Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
• Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
• Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Sunday, 18 May 2014

Wedding Anniversary (1 year married)

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Setelah sekian lama sibuk menambahkan pengetahuan kawan-kawan tentang info kesihatan, resepi masakan & tutorial untuk menghasilkan blog yang cantik even blog aku sendiri tunggang terbalik.

Sekarang tibalah masa sesi luahan hati dari aku. Mueheheh

Semoga hubungan ini berkekalan hingga jannah. Amin

Alhamdulillah...Hari ini genap setahun perkahwinan aku dan suamiku, Siewhaimi.
Mmuaahhh ! Makin lama makin bertambah sayang aku pada dia. Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu. Harap dia tak baca blog aku ni. Nanti dia terharu pulak ! Hihi.

Walaupun dah setahun, kami masih lagi belum dikurnai anak. Insya'allah suatu hari nanti. Maybe anak kami nak bagi kami honeymoon puas-puas dulu kot ! Hehe

Aku harap korang doakan kami cepat-cepat dikurniakan anak yer !

Meh aku belanja serba sedikit  gambar semasa akad nikah kami

19 May 2013

Ok bye !

Tutorial button follow + dashboard

Design > Layout > Add gadget > HTML/Javascript > Paste code > Save !

Blog id boleh ikut instruction sini

Goodluck !

Tutorial iklan nuffnang

Copy code :

Design > Layout > Add gadget > HTML/Javascript > paste code

Tutorial shoutbox + frame

1. Korang pergi link ni dulu >>>  http://shout.busuk.org/m/index.php?view=register

2. Dah ? Masukkan Username , Password dan Email korang ..

3. Then , dah berjaya ? Masukkan lagi sekali username dan password korang .

4. Ok . lepas tu , ubah width and height dia .(mengikut kesesuaian blog korang)
5. Kalau nakkan shoutbox korang tu lebih cantik lagi berseri-seri , tekan Customize Shoutbox!

6. Ok . Sekarang  ubahlah warna mengikut citarasa korang ye =]
7. Then , tekan SAVE !

8. Pergi dekat Home , copy code shoutbox .

9. Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript
10. Paste kod di ruangan tersebut .

11. SAVE (!) Siap . hehe

Frame untuk shoutbox

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard >> Design >> Page Element >> Add A Gadget >> Html / Javascript

3) Copy dan paste kod di bawah pada ruang Html / Javascript tadi.

KOD SHOUTBOX

Nota:
URL IMAGE FRAME - masukkan url image frame yang korang suka. Korang boleh create sendiri atau just pilih frame yang dah disediakan di bawah.
KOD SHOUTBOX - masukkan kod shoutbox korang.

Contoh:

SHOUT BUSUK : Start !-->View shoutbox

Nota:
URL IMAGE FRAME - masukkan url image frame yang korang suka. Korang boleh create sendiri atau just pilih frame yang dah disediakan di bawah.
KOD SHOUTBOX - masukkan kod shoutbox korang.

Contoh:

SHOUT BUSUK : Start !-->View shoutbox

Freebies time.. frame untuk shoutbox. Just copy url yang disediakan:
P/s : kalau korang nak guna image frame ni, ukuran shoutbox korang mestilah 180x255 ( width: 180px, height:255)

http://2.bp.blogspot.com/-7Rr1socqrbk/TxsS3EpETdI/AAAAAAAABFU/nPEeRcTN1P8/s1600/frame%2Bfibox1.png

http://4.bp.blogspot.com/-pF2hp6UGBpE/TxsS3dFl7qI/AAAAAAAABFg/ru1cuA9cmqc/s1600/frame%2Bfibox2.png

http://2.bp.blogspot.com/-6vIZko8QdzQ/TxsS3TcXvYI/AAAAAAAABFs/-QKgPXI8viY/s1600/frame%2Bfibox3.png

http://3.bp.blogspot.com/-pPdTw8s8RPI/TxsS3lgvhoI/AAAAAAAABF4/xpu0yLl2BOA/s1600/frame%2Bfibox4.png

http://3.bp.blogspot.com/-NNNRU6tnANk/TxsS34HSnbI/AAAAAAAABGI/FzzDL4rIxfQ/s1600/frame%2Bfibox5.png

4) Lastly, klik save dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba! :)

Tutorial live traffic feed

Contoh live traffic feed macam gambar bawah ni

1. klik sini

2. Korang Tekan Button Warna Hijau (Choose Your Feedjit)

3. Then , korang pilih kotak pertama... Tekan Sign Up !! (fill in apa yang patot)

4. Di bahagian Free Customization , korang adjust lah color , width and semua2 kat situ !! JANGAN lupa , korang WAJIB tick Show where visitors came from: Sebab mudah korang nak tahu ,, siapa yang datang blog korang tuh erkk ;))

5. Da siap , tekan GO !! Pastikan Install Feedjit on Blogger Blog

6. Then , korang Clik to Open a New Window and Install on Blogger.

7. Then , akan keluar page macam ni :

8. Tekan add widget. Siap !

Tutorial blog archieve + profile + page header + attribution (Basics)

Seperti di sdebar kanan

Cara-cara ;

Design > Layout > Add a gadget > Add blog archieve

Save !

Profile

Design > Layout > Add a gadget > Add profile

Save !

Page header

Design > Layout > Add gadget > Add page header

Save !

Attribution

Design > Layout > Add gadget > Add attribution

Save !

Tutorial search box

Search box seperti di sidebar kanan :)

Cara-cara :

Design > Layout > Add Gadget > Add search box

Simple kan?

Kalau tak paham tinggal jejak di shoutbox atau komen yer :)

Tutorial contact me icon

Contoh macam sidebar belah kanan blog aku ni :)

Cara - cara :

Copy code di atas

Design > Layout > Add a gadget > HTML/Javascript > Paste

Merah : Link Facebook korang
Biru : Link Twitter korang
Ungu : Link followgram korang

Kalau tak paham boleh tinggal komen atau tinggal jejak di shoutbox yer

Tutorial blog header (Transparent)

Seperti yang aku katakan pada entry yang lepas. Korang da install photoshop?
Kalau belum, pergi sini

Kalau dah, tekan :

1. File > Open > Cari gambar korang untuk header

2. Bila dah cari, tengok contoh bawah ni, tengok bahagian tool korang tu. Ada tak macam anak panah suruh click tu, (quick selection tool)

Sori lysa. Pinjam gambar jap
3. Dah kan? klik pada gambar. Garisan putus-putus tu. Jangan bagi kena gambar korang. Kla==alau da termasuk dalam kawasan gambar korang tu, korang guna pula yang dibulatkan tu. Cuma guna dua tu je untuk kemaskan.

4. Then tekan Select > Inverse . Macam gambar bawah ni

5. Dia akan jadi camni. Garisan berada di luar gambar :

6. Sekarang copy gambar tersebut. Ikut step dibawah. Tekan Edit > Copy

7. sekarang tekan File > New dan fill in width , height dan tetapkan kepada transparent !

8. Bila dah klik ok, Korang tekan Zoom Tool dan tetapkan kepada Fit Screen atau Actual Picture

9.  Lepas dah rasa selesa nak edit , kembali tekan (MOVE TOOL) . Lepas korang tekan Move Tool tu , akan ada perkataan ini (Show Transform Controls) kat area atas sekali . Tick kotak kecik tu .. Macam ni

10. Tengok dekat gambar korang ada garis putus-2 kan ? Ok . Korang boleh gerak-2 kan untuk jadi lebih kecil org besarkan sedikit . Lepas dah rasa ok , tekan je ENTER :)

11. Ok . Sekarang , Lyssa nak ajarkan , macam mana nak masukkan shape warna putih untuk dirapatkan dengan header nanti . Tengok ni .

12. Macam mana Lyssa buat tu ? Lyssa hanya pilih Rectengle Tool pick warna putih atau warna mengikut content blog korang dan hanya jadikan petak macam tu . Ini penting .. make sure petak warna putih tu , korang buat bagi kotak-2 transparent (background) tu tidak kelihatan :)

13. Sekarang masa nya pulak macam mana nak letak tulisan . Senang je . Ikut step ni :

14. Then , taip lah apa yang korang suka kan . Nama ke  , kata-kata ke . Ikut sukalah kan . hahaha . Lepas dah taip tu , korang KLIK MOVE TOOL :)

15. Macam mana nak nampa kelihatan cantik dah timbul tulisan tu , korang tengok layers tulisan tu , macam sebelah kanan photoshop Lyssa ni .

16 . Klik pada (ADD A LAYER STYLE) macam yang Lyssa tunjukkan tu :) Then korang boleh pilih mana yang lebih cantik . Kalau nak timbulkan nampak lebih jelas tulisan tu , gunalah STROKE warna hitam :) Macam header Lyssa ni . muehehe~

17. Ok . Kalau korang nak tambah apa-2 lagi , korang tambahlah ye . Godek-2 korang punya photoshop tu kasi pandai :) Lyssa hanya ajar basic macam ni je dulu :)

18. Sekarang masa nak SAVE pulak . Korang tekan FILE > SAVE AS ...

19 . Haaa . SAVE AS PNG . Macam contoh bawah ni ...

20. Tekan SAVE . Haaa . Sekarang header korang dah transparent . Yeahh . Bolehlah UPLOAD masuk dalam blog korang sekarang .

SELAMAT MENCUBA

P/S : Klik gambar untuk lebih jelas

Tutorial blog header (New bloggers)

Apa itu blog header?
Tengok gambar bawah ni

Taraaaa !

Cara-cara :

1. Dashboard > Design > Layout > Edit seperti di bawah :)

Then save
Nanti adalah blog header korang :)

p/s : gambar blog header korang boleh cari dekat google images atau guna images korang sendiri yer.

Kalau nak edit images (transparent), sebelum dijadikan blog header korang, korang boleh edit guna photoshop. Sebelum tu install dulu kat sini

Nanti aku ajar pada next entry ya !

Friday, 16 May 2014

Info kesihatan & Petua : Miss V

Alat sulit wanita memiliki bau yang tersendiri. Memang baunya agak tajam, tetapi anda tidak perlu menyemburnya dengan wangi-wangian agar ia seharum mawar. Biarpun baunya sedemikian rupa, ianya masih menjadi kegilaan ramai jejaka. Dari dahulu sehingga sekarang!
Apa yang perlu anda lakukan ialah menjaga kebersihannya. Ini kerana faraj agak sensitif kepada perubahan iklim di kawasan persekitarannya. Oleh kerana tempatnya agak tersembunyi, maka ia selalu berkeadaan lembap. Suhu lembap faraj yang normal berada 2 hingga 2.5 darjah celcius.
Sekiranya lebih daripada itu, faraj akan mengeluarkan bau yang kurang sedap. Jika kurang pula faraj akan menjadi kering. Faraj yang lembap menjadi kegemaran kulat dan bakteria. Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal-gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.
Akibatnya, kenikmatan hubungan suami isteri akan terjejas. Jika faraj bermasalah dan tidak dirawat, ia mendedahkan sistem reproduksi kepada jangkitan penyakit.

Beberapa Tip Dibawah Boleh Digunakan Untuk Memelihara Kesihatan Faraj Anda.
1. Gunakan air kemudian campurkan cucian wanita (pH 3.5) – (picit sebesar duit syiling 10 sen) dan bersihkan faraj. Jangan gunakan tisu. Kemudian bilas dengan air bersih sekali lagi.
2. Semasa haid, gantikan tuala wanita setiap lima jam sekali bagi mengelakkan menjadi tempat bakteria membiak.
3. Jangan masukkan jari atau benda keras ke dalam faraj walaupun dengan tujuan membersihkannya.
4. Jangan memakai sabun wangi atau shower gel pada kemaluan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan jangkitan.
5. Jangan gunakan pembersih wanita setiap hari. Selang antara tiga atau empat hari kerana ia boleh merosakkan pH faraj yang normal. Tabiat membasuh faraj dengan pembersih wanita setiap hari bukan hanya menutup jangkitan tetapi sebenarnya menghilangkan keseimbangan dengan merubah pH normal dan bakteria berguna pada faraj.
6. Jangan semburkan wangi-wangian pada alat sulit kerana ia juga boleh mengakibatkan jangkitan.
7. Bagi suami isteri bersihkan kemaluan terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria. Jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim, sebaiknya basuh dulu kemaluan selepas hubungan.

Petua tradisional
Petua 1 : Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.
Petua 2 : Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.
Petua 3 : Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

Thursday, 15 May 2014

Selamat hari guru & selamat hari lahir, Hubby !

Assalamualaikum

Haa..Korang jangan terkejut pulak ! My hubby bukan cikgu yer.
Kebetulan birthday dia sama tarikh dengan hari guru. Hihi

Btw, Selamat hari guru pada guru-guru yang pernah mengajar saya di Tadika Kemas, SMK Bandar Tun Razak, SK Bandar Tun Razak II, SRA Al-Farabi & Institut Profesional Baitulmal iaitu :

Tadika Kemas

Not Found

Sbb tak ingat. Heheh

SMK Bandar Tun Razak

1.   Cikgu Aspalela
2.   Cikgu Sumarni
3.   Cikgu Esah
4.   Cikgu Nani
5.   Cikgu Salma
6.   Cikgu Sarimah
7.   Cikgu Othman
8.   Cikgu Zurina
9.   Cikgu Yanti
10.  Cikgu Elsie Ho
11.  Cikgu Jothi
12.  Cikgu Faizah
13.  Cikgu Roshayati
14.  Cikgu Awalana
15.  Cikgu Sohana
16.  Cikgu Suriati
17.  Cikgu Azihan

Ada lagi cikgu tapi ni je yang aku ingat. Hihi

SK Bandar Tun Razak II

1.   Cikgu Fauziah
2.   Cikgu Suhaimi
3.   Cikgu Khairul
4.   Cikgu Raja
5.   Cikgu Asmawi
6.   Cikgu Nooraini
7.   Cikgu S. Kalarani
8.   Cikgu Rozana
9.   Cikgu Lela
10.  Cikgu Ghani

Nama cikgu lelaki lagi banyak en? Nampak sangat aku gatal masa sekolah rendah dulu. Hihi. Tapi yang aku list ni sebab dorang handsome. Tu yang boleh ingat sampai sekarang. Muahaha

Tapi kenapa lencana SK Bandar Tun Razak 1? Sebab aku cari kat google tak jumpa. Sedih Mak Jemah !

Lencana kami sama je macam ni. Cuma kami punya colour pink & marron. Lagi cantik kan? Tapi tak jumpa pulak. Hmmm

SRA Al-Farabi

1. Ustazah Rohani
2. Ustazah Jamilah
3. Ustaz Yusof

Ni jer yang aku ingat sebab dorang garang. Kihkihkih
Lencana sekolah agama aku tak jumpa kat google. Terima kasih pakcik google

Institut Profesional Baitulmal

1. Sir Suffian PU Pencetus Ummah
2. Ms Wani
3. Madam Illy

Ni pon sikit jer aku ingat sebab tak sempat graduated pon. Dah gatal nak kahwin ni la padahnye. Huhuhu

Terima Kasih cikgu-cikgu semua. Tanpa anda, saya tak boleh menulis & membaca blog ! Heheh. Jasamu sentiasa ku kenang. Tetiba rindu sekolah pulak. Hmmm

Pada cikgu yang saya tidak listkan tu, ampunnnnnnn. Lupa sudah aku. Lama bha aku tinggalkan sekolah. Hihi

DAN

Selamat hari lahir yang ke 21tahun sayang.
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga Allah merestui hubungan kita dan kekal selamanya. Cayang sayang biy angat-angat ! Mmmuuahhhh !

Sorry cayang dapat belanja kek & Wong Solo jer
Janji nak tengok wayang. Tapi cayang tertido pulak semalam. Sorry dear

Nanti cayang gaji kita pergi The Curve, cayang belanja Dip 'n dip & Tengok wayang yer

Happy birthday !

p/s : Gambar tindik tu tindik magnet yer. Kawan dia punya dia try. My hubby just not like that !

Selamat hari lahir yang ke 60 tahun pada arwah abah saya jugak Ramlee bin Omar, yang sama tarikh dengan my hubby 16 May 2014