Tuesday, 27 May 2014

Resepi kek lapis daging berkeju

bahan-bahan

•3 biji kentang di potong dadu kecil (seeloknya direbuskan seketika)
•4 keping daging burger
•1 biji bawang besar-cincang halus
•3 ulas bawang putih –cincang halus
•1 sudu besar serbuk kari-kacau dalam sedikit air
•1 sudu besar cili mesin
•3 sudu makan minyak untuk menumis
•12 keping roti
•500ml susu segar
•4 biji telor
•secubit garam
•Parutan cheese mozzarella-ikut kesukaan,byk lg sedap
•Sedikit margerin untuk melenser

Nyum nyum. Nampak sedap tak?

Cara-cara

1. Tumis bawang hingga layu
2. Masukkan cili mesin dan kari
3. Tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan daging
5. Biarkan hingga daging empuk
6. Masukkan kentang
7. kacau sebati. Masukkan gula + garam seenak rasa.
8. Dalam bekas yang berasingan, Satukan Susu + telor + secubit garam
9.Pukul susu + telor + garam hingga sebati

10.Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
11.lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin
12.letakkan 1/3 bahagian roti yang dicelup.
13.Kemudian letakkan separuh daripada daging + kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
14.Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging +kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
15.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
16.Bakar dengan api sederhana@160 selama 20-35 mins atau sampai lidi tak lekat
17.Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Sunday, 25 May 2014

Resepi ayam masak kicap mertuaku

Bahan-bahan :

1 inci Halia*
Ayam
Lada sulah
Cili boh
Bawang merah*
Bawang putih*
Bawang holland
2 batang Serai (di ketuk)
Kayu manis
Kicap
Air asam jawa
Garam


Cara-cara :

1. Blend bahan bertanda * 
2. Tumis bahan blend + bawang holland + cili boh + kayu manis + serai + lada sulah
3. Gaul sehingga garing
4. Masukkan kicap + ayam + air + air asam jawa + garam
5. Siapp

Haihh terliur pulak tengok ayam masak kicap kegemaran suami aku ni. Heheh

Friday, 23 May 2014

Resepi ayam masak merah

Sambil tunggu En Asben amik aku kat ofis, 
Apakata aku share sikit resepi yang akan aku masak kejap lagi.
Memandangkan hari ini pon takde pasar malam, terpaksalah aku masak.
(bunyik macam terpaksa masak) Ngeh3

Selalunya memang beli kat pasar malam untuk dinner sebab dah kerja. 
So jadi malas untuk masak. Hoho

Then dah hujung-hujung bulan ni faham-fahma jelah. Tunggu gaji la jawabnyer sebab poket masing-masing dah kering.

Nak tak nak, masak jugaklah. Heheh

Bahan-bahan :

Ayam
Cili boh*
Tomato (dipotong kasar)
Minyak masak
Serbuk kunyit
Serai (di ketuk)*
Halia*
Bawang merah*
Bawang putih*
Air asam jawa
Sos cili
Garam & ajinomoto secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng ayam bersalut serbuk kunyit
2. Setelah siap digoreng, tos kan
3. Tumis bahan bertanda *
4. Tunggu sehingga cili garing dan masukkan ayam goreng tadi
5. Masukkan sos cili + tomato dan gaul sebati
6. Masukkan garam + ajinomoto
7. Siap dihidang !

p/s : Tomato tu kalo nak gantikan dengan air asam jawa pon okay. And kalau nak naik bau, tumiskan sekali dengan kayu manis.
Aku tak letak kayu manis sebab aku tak suka rasa dia dengan ayam masak merah. Kalo dengan ayam masak kicap baru ada umphhhh !

Next entry nanti aku masukkan resepi ayam masak kicap mak mertua aku yang sampai sekarang hubby aku suka ayam masak kicap mommy dia ! Sampai aku pon terjebak minta resepi mak mertua aku punya ayam masak kicap. Katanya itu makanan kegemaran hubby aku. Alhamdulillah menjadi. Hihi. Tunggu next entry yer !

Thursday, 22 May 2014

Resepi bubur Mcd


Bahan-bahan ( untuk 2-4 orang )

1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia diketuk / titik
2 sudu kecil serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam (aku selalu guna isi ayam)
1 liter air
sedikit garam

Garnish 

lada merah
daun bawang
daun sup
serbuk lada putih



Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Jangan buang air rebusan ayam tu.
  2. Basuh beras bersih2. Masukkan beras ke dlm periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka lembut mcm mana korang nak.
  3. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah & daun sup.
  5. Titiskan sikit dgn minyak bijan. 

Resepi ayam madu sticky

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - aku letak dua-dua
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu


Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Sunday, 18 May 2014

Wedding Anniversary (1 year married)

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Setelah sekian lama sibuk menambahkan pengetahuan kawan-kawan tentang info kesihatan, resepi masakan & tutorial untuk menghasilkan blog yang cantik even blog aku sendiri tunggang terbalik. 

Sekarang tibalah masa sesi luahan hati dari aku. Mueheheh

Semoga hubungan ini berkekalan hingga jannah. Amin


Alhamdulillah...Hari ini genap setahun perkahwinan aku dan suamiku, Siewhaimi.
Mmuaahhh ! Makin lama makin bertambah sayang aku pada dia. Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu. Harap dia tak baca blog aku ni. Nanti dia terharu pulak ! Hihi.

Walaupun dah setahun, kami masih lagi belum dikurnai anak. Insya'allah suatu hari nanti. Maybe anak kami nak bagi kami honeymoon puas-puas dulu kot ! Hehe

Aku harap korang doakan kami cepat-cepat dikurniakan anak yer !

Meh aku belanja serba sedikit  gambar semasa akad nikah kami

19 May 2013

Ok bye !

Tutorial button follow + dashboard





<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID KORANG" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>

Design > Layout > Add gadget > HTML/Javascript > Paste code > Save !


Blog id boleh ikut instruction sini

Goodluck !